SETIA HUJUNG NYAWA 2013
AKU NAK CERITE SIKIT , SEKARANG NIE, MUSIM SANGAT OWG TGOK CITE SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA , AKU PON NAEK HERAN. BUKAK FACEBOOK, BERDERET-DERET STATUS TENTANG SETIA HUJUNG NYAWE NIE, KAT TWITTER PON SAME. LELAKI KE POMPN KE, SEMUA MINAT.. AKU MULA-MULA X MINAT SBB GELI TGOK ADEGAN SWEET2 NIE..LAME2 AKU PON TGOK, SBB NAK TAWU KNPE ORG2 RMAI SUKE. SESUDah ITU AKU PON TURUT TERJEBAK . LOL. :)
SINOPSIS
Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina
Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira
cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun.
Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan
diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin
Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak
jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu
menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga.
Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya.
Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera
dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan
berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima
lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.
Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang
melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil.
Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya
tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza
telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima
lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya
sekaligus menebus dosa hitamnya.
Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah
terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan.
Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya
mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi
Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala
berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza
terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar
ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.
Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya
yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan
zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar
ni. Hubungan zain dan ersalina dingin
beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di
depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan
seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang
dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan
ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas
perbuatan ersalina.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap
tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana
memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan
penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia
pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke
hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.
Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di
Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain
berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang
terbuka. Zain dapat terima Ersalina
sebagai isterinya.
Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan
disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri
selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia
disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga
namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini
perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh
Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum
kahwin telah didengar oleh Datin adibah.
Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah
bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila
terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin
adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan
Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka.
Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak
rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan
dan sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini
ada, lina hanya untuk abang” – ersalina
"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang
terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa
sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi
“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah
sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika
remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan
tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya.
Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga.
Happy ending!
ANTARA BARISAN PELAKON
Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Nama komersial: Nelydia Senrose
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik
Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam
Kerjaya: Pelakon
Akademik: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya Lakonan
Drama/Telefilem: Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru
Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Syah Jihan,
Pak Suman, Iqra', Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir
Pelangi, Puaka Bunga Tanjung,Friday I’m in Love, Chef Cinta dan banyak lagi.
Nama penuh : Amar Asyraf Zailuddin
Umur : 26 tahun
Asal : Melaka
Tarikh lahir : 15 November 1986
Pendidikan: Aswara
Nama: Hairul Azreen Idris
Tarikh Lahir: 23rd April 1988 Kuala Lumpur
Pencapaian: Kemenangannya dalam Pencarian Kacak Bergaya
Vigor/Pancaindera.
Menghiasi kempen produk Jamu Vigor yang bakal dipasarkan
oleh Jamu Mak Dara Sdn. Bhd
Seorang stuntman dan masih melalukan kerja-kerjaaksi lasak
untuk drama dan filem.
Lakonan drama: Membintangi drama Merah Putih, Mahabah
Delaila, Ponti Anak Remaja dan Asmara 2
Lakonan filem: King Kapchai,Gila-Gila Remaja 2
Nama : Talha Amir Harith
Tarikh Lahir:11 Februari
Asal : Johor Bahru
Drama :
Gemilang (TV3), Cik Ah Cik Nin (Prima), Keranamu Laila
(TV3), Langit Semalam (RTM), Juvana (TV3), Galau (TV2), Tudung Ekspress
(Prima), Habil Dan Qabil, Putera Siput, Iktikad Ahad (TV3), Cinta Elysa (TV3)
TIADA INSAN SUCI
TANPA DOSA MASA LALU
TIADA INSAN YG BERDOSA GELAP MASA DEPANNYA
Comments
Post a Comment