Monday, 18 March 2013

kenangan kita~


awak. kenapa awak buat saya jatuh hati kat awak semula?? kita "OTP" awak mesej, saya balas, awak rindu kita calling2. awak selalu mintak kita teman kan awak main mesej setiap malam sampai saya atau awk yang tertidur dulu. awak baik sangat dengan kita. kita nasihatkan awak, awak nasihatkan kita. kalau kita tak contact beberapa hari mesti saya rindukan awak. lepas tu kalau awak dah topup mesti awak mesej kita cakap >> "rindu, sorry tak reply mesej awak sebab kredit habes". kredit awak selalu cepat habes, sebab awak pakai blackberrykan. tak apelah, saya faham. awak selalu cerita apa yang terjadi kat awak , awak peramah giler dengan saya. kalau dalam telifon saya selalu tak tahu nak cakap awak, tapi awak ada je topik. ada satu hari tu awak nyayi. masa tu musim cerita "SETIA HUJUNG NYAWA" awak suka cerita tu, awak nyayi lagu OST drama tu. saya dengar je. boleh tahan suara awak. liriknya berbunyi macam ni “CINTA JANGAN ENGKAU PERGI,JAUH DARI DIRIKU LAGI, SESUNGGUHNYA CINTA KITA,SETIA KE HUJUNG NYAWA~~~” kan best kalau lirik lagu nie betul2 awak tujukan buat saya. hehe J


Awak text selau ajak saya datang  sana. Datang tempat awak jalan-jalan. Sampai awak nak support tempat tinggal dengan duit makan. Tapi saya selalu bagi alasan. Seboleh-boleh awak nak jumpa saya, nak borak depan-depan. Tapi saya malu. Sebab saya bukanlah perempuan yang perfect. Saya tak slim, muka pon tak cantik, HAHA. Tapi saya memang nak sangat jumpa awak tau !!! serius tapi malu je. HEHEHE. 
So kita pon merancang nak jumpa.kononnya nak jumpa lepas saya tamat present report LI saya kat uitm pilah. Kita rancang 13/3/2013 nak jumpa.tapi last-last saya tak datang sebab kawan saya nak ajak pergi ICT dengan pegi Cameron highland. Lepas tu awak macam marah kat saya, sampai awak ambil cuti kerja. Saya rasa bersalah sangat kat awak. on the way saya nak g ict tu, saya sent gambo tedy bear kat awak.sebab nak pujuk awak. Sepanjang jalan saya teringat kat awak tau. Sampai ict jalan-jalan sane saya terjumpa kedai jual cincin,rantai gelang yang boleh ukir nama. Saya pon terdetik nak beri awak hadiah yang terukir nama kita berdua. Tapi saya pikir-pikir balik,macam mana saya nak beri, sebab kita bukan boleh jumpa pon L  so, saya buat untuk sebentuk cincin je untuk diri saya sendiri. Yang terukir ‘MAHARIF ENA”.  Saya buat cincin ni sebab rasa bersalah kat awak, so cincin nie sebagai tanda ingatan  saya kat awak.


 
Pada malam tu, saya dan kawan saya tido kat hotel shah alam.  Esok paginya, kiteorang tak tahu nak pergi Cameron ke tak. Sebab masa perjalanan lama, takut tak sempat. Kalau nak tidur kat sana sewa mahal. So kawan saya decide pergi Melaka. Dia cakap “kita pegi Melaka je lah,kaukan rindu kat ayam” saya pon terkejut jugak. Ketawa jelah. Last2 saya sampai kat ayer keroh Melaka. Saya mesej awak, cakap kat Melaka. Awak pon macam tak percaya. HAHA J so lepas tu kita decide nak jumpa kat dataran pahlawan. Awak datang lewat sikit dalam 15minit. Sebab awak masa tu tengah kerja. Awak siap Tanya kat saya,bole ke pakai baju kerje je, ke nak pakai smart-smart. Saya cakap tak kisah .


Saya gan kawan saya dah masok dalam, window shopping, tengah kawan saya cari-cari baju, awak pon datang, kawan saya tunjuk awak kat belakang , tapi saya malu sangat nak toleh belakang. Last-last saya pon toleh awak, comel sangat awak time tu pakai baju belang2 hijau hitam. Saya pon pegi kat tempat awak. Lepas tu awak ajak saya pegi tengok wayang kat tingkat atas. awak jalan laju, sepanjang jalan awak cerita je, bercakap, saya pon layankan je. Sampai kat tempat wayang, awak nak tengok cerita “LAWAK KE DER 2” tapi dah main 20 minit. Last-last kita pon tengok cerita “CERITA KITA” kat dalam wayang time tu Cuma ada 6 orang je. Senyap je kat dalam wayang. Saya tengok awak, awak penat sangat sebab kerja, gantok tak tidor lagi, tapi saya takot nak tegur diam je,sesekali awak gelak sebab cerita tu. 





Lepas tengok wayang awak ajak saya gan kawan saya g check in kat “KAK LONG CHALET” tempat umi awak kerja.umi awak dah kerja kat situ dah 12 tahun,lama giler.. Kiteorang pon sewa 2 bilik. Mak awak bagi diskaun dapat RM120 je untuk 2 bilik, Kalau tak kena RM160. Nama bilik kieorang “JINTAN PUTIH & LADA HITAM” nama yang unik. Lepas check in awak pon balik semula ke tempat kerja awak, awak cakap jumpa malam nanti. Lepas tu saya pon tido. Bangon tido, mandi siap2 g kedai makan, makan ikan bakar. Sebelum tu awak mesej saya nak awak teman ke keluar makan, saya kata tak pe, saya suruh awak rehat, tido dulu, nanti bangon tido baru kita jumpa.awak pon jawab okay.



Lepas tu pukul 11 macam tu awak mesej saya, tanya kat mana..pukul 12 suku awak pon sampai kat chalet. Ajak berborak..lama jugak kita landing sama-sama beborak. Sampai pukul 3 suku. Padahal patutnya pukul 2 awak nak balik,sebab nak tengok bola club “SPURS” main. club kesukaan awak tu. Tapi awak sanggup tinggalkan bola sekejap untuk teman kan saya malam tu. Awak cakap, bukan selalu kita dapat jumpa macam nie.
Macam-macam kita berborak. Macam-macam awak Tanya saya. Awk Tanya semua apa yang ada kat saya time tu. Tanya contact lense la, taye tudung la, macam mana nak pakai selendang la, berape pin saya pakai la, macam-macam. Sampaikan awak suruh saya tanggalkan contact lense sebab nak tengok. Saya pon bukak lense. Awak pon teruja. Haha. Comel la awak nie J kalakau (kelakar)

Saya cerita kat awak, yang saya tadi hidung berdarah, badan macam nak demam, awak pon teros pegang tangan saya, awak cakap “eleh, tak panas pon, saje je la tu” lepas tu awak cakap saya tak mandi. Saya cakap tak tipulah, awak pon pegang dahi saya.  
Awak memang suka kan, cubit pipi saya lah, cuit hidung saya la, malu saya... saya pon nak nuat benda yang sama kat awak, tapi saya segan. HAHA…lepas tu,  Ada satu topic tu saya Tanya pasal awek, awk teros toleh saya cakap >> “eh, abes awak tu sape?” saya kurang paham. Saya Tanya lagi. Awak ulang balek >> “eh, abes awak tu sape?” saya senyum je. Tutup muka,malu... Urm, Ada ketika tu saya tengok je awak, awk prasan, awak taye, kenapa , saya cakap, saje nak tengok buat kali terakhir lepas nie kita tak jumpa. Awak pon tengok2 saya jugak. Malu pulak saya..  HEHE J



Tibalah waktu menyedihkan, dengan nada perlahan awak cakap >> “awak, orang dah nak balik nie, dengar x” saya diam je. Lepas tu saya jawab >> “g lah balek”.. awak pon bangon, amek dompet rokok, gan kunci moto awak atas meja. Sebelum pegi awak cakap kat saya, jaga diri baik-baik, kunci pintu, awak taya saya esok balik pukul berapa. Sedih time tu, sebab esok xdapat jumpa sebab awak kerja, saya nak balik pagi…


Tengah baring-baring, 5 minit lepas awak balik, awak mesej saya cakap sesuatu, yang buatkan saya malu dan senyum sorang-sorang. J Kita pon main mesej sampai pukul 4 lebih...sampai saya tertido..

saya bangon tido pukul 10..teros siap2 nak check out lepas tu nak g Melaka sentral cari tiket balik johor. Masa nak check out tu, saya berurusan dengan umi awak. Saya tak tahu tu umi awak, main agak je. Rupanya betul itu umi awak !! HAHA. Saya pulang kunci kat dia. Mak awak tengok je saya. Tanya saya nak balik mana. Muka mak awak Nampak garang, tapi layan customer dengan baik dan mesra J macam awak. Hehe..

Dah sampai Melaka central dah dpat tiket..awak mesej saya taya balik pukul berapa, saya jawab pukul 1.30.. awk dengan simbol sedih cakap “ala, tak dapat nak jumpa L” sebab awak nak g smbhyang jumat. Saya cakap tak pe, walaupon dlam hati sedih jugak..
Sepanjang jalan saya ingat kat awk je. Seolah-olah saya dah jatuh cinta kat awak~~~
Kenangan kita bersama pada 14/3/13 tak akan saya lupakan sampai bila-bila tau~~~ada umur kita jumpa lagi ye awak..

"awak sokong bola sepak kelantan, saya sokong pasukan JDT, awk sokong pas, saya sokong umno, awak asal orang utara,, saya asal selatan, awak peramah, saya pendiam.
walaupun kita berbeza, kita tetap "kawan" dan mungkin lebih dari tu"

No comments:

Post a Comment